21 April 2011

Pekena Sate Ori







Kelmarin dulu, 19.04.2011 ambil cuti ke Pejabat Pendaftaran Negara nak buat I.C anak ku yang menyambut hari lahirnya yang ke 12. Sampai disana jam 3.15 petang. Sementara menunggu giliran isi borang dulu, urusan petang tu cepat sekali kerana tiada ramai pelanggan.
Rupanya JPN hari Jumaat & Sabtu juga dibuka operasinya. Bagi yang nak berurusan di JPN tak payahlah ambil cuti, gi je hari jumaat & sabtu disebelah pagi sbb hanya tutup disebelah petang sahaja.
Selepas urusan selesai terus ke Merchang ziarah Pok Bakar & Mok Yah. Pok Bakar yang telah kehilangan kaki kiri akibat kencing manis & Mok Yah yang kehilangan suami, meninggal dunia.
Solat Asar di Masjid Merchang & lepas tu terus balik. Singgah di Kedai Sate Ori di Chendering nak rasa macam mana rase ori nya satenya. Pakej berharga RM7.20 yg kami order iaitu 10 batang sate, nasi kapit sikit & timun sikit untuk seorang. Setiap tambahan sebatang sate RM0.60. Kalau kat Pasar malam 5 btg RM2.00. Tak ada seorang pun pelanggan masa kami tiba.
Agaknya pelanggan suka datang diwaktu malam atau pun pelanggan tak datang kerana tempat ini juga mengenakan GST 5% keatas pelanggan.
Sempat juga mengambil gambar buat kenangan dengan menggunakan PNS camera. DSLR tak bawa hari tu.

2 comments:

  1. kat situ memang mahal,siap ada GST lagi,tp satenye xla sedap sangat pun,biase2 je...lg sdp kat pasar malam,hahaha.............

    ReplyDelete
  2. PE NI BRO...........cm nk jtuhkn bisnes org kite je ni...de jugak melayu cm ni

    ReplyDelete