23 September 2011

Cucu Sulong

Alhamdulillah, pada 2 Syawal 1432 bersamaan 31.08.2011 telah selamat dikurniakan seorang cucu perempuan. Pada mulanya pergi ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Oleh kerana terlampau ramai sangat yang juga ingin melahirkan anak sehingga tidak mencukupi katil dan kesibukan jururawat, maka minta kuar untuk pergi bersalin di Hospital KTS yang berhampiran.
Masuk di KTS anggaran pukul 9.00 pagi dan semasa azan zohor berkumandang maka selamatlah melahirkan cucu sulong perempuan. 2 malam gak cucu kena tahan di Hospitall kerana kuning.
Sehingga hari ini masih berulang alik ke klinik merawat penyakit kuning.

Di Kemaman

Balik dari Pasir Gudang pada 01.06.2011, singgah dirumah keluarga angkat yang dikenali semasa aku bekerja di Kemaman pada tahun 1981. Semasa di Kemaman dulu duduk berjiran dengan mereka, makan & minum ku disediakan juga oleh mereka semasa di sana dulu.

08 May 2011

Stadium Gong Badak











Petang 06.05.2011 on the way ke rumah mentua di Seberang Takir, singgah sekejap di tepi Stadium Gong Badak tengok aksi sukan lasak motorcross dll.
Setiap hujung minggu iaitu jumaat & sabtu ada sokmo aktiviti2 yang diadakan disana. Kami disana pun tak lama sbb dah nak maghrib. Sempatlah juga mengambil brp keping gambar buat kenangan.


06 May 2011

Pekena Durian











Semalam 05.05.2011 selepas Insya, kami sekeluarga ke Pasar Payang mencari durian.
Nampaknya harga masih mahal iaitu RM20.00 untuk 4 biji yang kecil-kecil. Kalau dulu setara tu masa murah, 4 biji untuk RM5.00.
Jika nok makang puas hati, tunggu ah dulu bila durian berlambok (org ganu kata) baru harga masa tu murah. Oleh kerana kami ramai belilah juga RM60.00 untuk 11 biji, 8 biji kecil & 3 biji sedang. Harga timbang ialah RM6 & RM10.00 sekilo. Jika yang sedang tu kalau ditimbang mencecah juga hampir 3 kilo. Berat kulit & tangkai je saya nampak.
Tunggu dulu bila durian banyok, tengok harganya muroh ke dok. Kalau harga masih tinggi, nasib kitelah kerana semua barang telah naik harga.
Selepas tu kami ke Pantai Batu Burok, apor tikar..keluarkan golok lalu di cekah & makan.
Seronok jugok makang beramai2 ni. Tak sangka ramai juga orang di Pantai Batu Burok waktu malam-malam ni maklumlah dah lama aku tak kuar malam ke Pantai tersebut. Kami balik kul 11.00 malam.

24 April 2011

Jom Rase Ice Blended

Sedap nampaknya pekena ice blended
Bermacam-macam perisa ada..meh try tgk kalu nok tahu
Pekerja bawah umur..hehehe..sedang asyik memperoses ice blended
10 jenis rase ada..harga berpatutan mengikut pasaran terkini. Kalau kat restaurant mau juga RM 2.50 - RM3.50


Perniaagaan francise ini di usahakan oleh anak saudara dengan bermodalkan RM300+-.

22 April 2011

Selamat Hari Lahir






Semalam menyambut hari lahir adikwan yg ke 12..sebiji kek coklat telah disponsor oleh Kak Nurul dijamu sesama adik beradik je.

21 April 2011

Pekena Sate Ori







Kelmarin dulu, 19.04.2011 ambil cuti ke Pejabat Pendaftaran Negara nak buat I.C anak ku yang menyambut hari lahirnya yang ke 12. Sampai disana jam 3.15 petang. Sementara menunggu giliran isi borang dulu, urusan petang tu cepat sekali kerana tiada ramai pelanggan.
Rupanya JPN hari Jumaat & Sabtu juga dibuka operasinya. Bagi yang nak berurusan di JPN tak payahlah ambil cuti, gi je hari jumaat & sabtu disebelah pagi sbb hanya tutup disebelah petang sahaja.
Selepas urusan selesai terus ke Merchang ziarah Pok Bakar & Mok Yah. Pok Bakar yang telah kehilangan kaki kiri akibat kencing manis & Mok Yah yang kehilangan suami, meninggal dunia.
Solat Asar di Masjid Merchang & lepas tu terus balik. Singgah di Kedai Sate Ori di Chendering nak rasa macam mana rase ori nya satenya. Pakej berharga RM7.20 yg kami order iaitu 10 batang sate, nasi kapit sikit & timun sikit untuk seorang. Setiap tambahan sebatang sate RM0.60. Kalau kat Pasar malam 5 btg RM2.00. Tak ada seorang pun pelanggan masa kami tiba.
Agaknya pelanggan suka datang diwaktu malam atau pun pelanggan tak datang kerana tempat ini juga mengenakan GST 5% keatas pelanggan.
Sempat juga mengambil gambar buat kenangan dengan menggunakan PNS camera. DSLR tak bawa hari tu.

20 March 2011

Menghantar Pengantin lelaki































Pada 17.03.2011 berkumpul di Surau Batu 10 Padang Mengkuang