21 January 2011

Di Pantai Tok Jembal














Petang tadi singgah sekejap di Pantai Tok Jembal dekat dgn UMT. Dulu tempat tu, mmg tiada pengunjung semasa aku duk di Tok Jembal. Pada mulanya ingat nak ke Pantai Airport tapi bila lalu ikut UMT nampak banyak kenderaan ditepi Pantai . Taman permainan untuk kanak-kanak pun ada sbb tu ramai yg berhenti membawa anak-anak bermain buaian.
Bermacam-macam ragam dapat disaksikan. Ada yang bergambar, ada yang bermain layang-layang dan ada yg bermain ombak. Peniaga tak usah cakaplah..dimana ada orang, disitu ada peniaga yang mencari rezeki. Kami duk pun tak lama sbb dah nak Maghrib

Belajar Goreng Kerepok




Petang tadi, tak ada apa nak makang, buka baldi ambik kerepok keping lalu goreng je.
Yang nak makang adikwan..entah mimpi apa, balik dari umah kawannya nak makan kerepok.
Minta mak gorengkan..mak tak senang. Nampaknya beria-ia benar dia nok goreng. Dengan tunjuk ajar moknya pada mulanya, goreng sendirilah. Kata orang kena belajarlah drp kecil lagi.
Goreng kerepok bukannya payah sangat, bila minyak dah panas bubuh je dlm kuali. Kalau nak pastikan minyak panas ke dok..celup jari rasa sendiri. Tak percaya boleh acu cuba try test.

19 January 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara












Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2011 telah pun bermula. Negeri Terengganu tahun ini telah dipilih menjadi tuan rumah majlis perasmian. Karnival berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 -15 Januari 2011 di Pusat Dagangan Terengganu.
Pada 15.1.2011 aku kena bertugas dari jam 9.00 - 1.00 tghari. Ramai pelajar yang hadir dengan rombongan. Penuh sesak dewan pada hari tersebut dengan kehadiran pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa. Sebanyak 22 ipta yang menyertai karnival & ipts pun banyak juga yang menghantar perwakilan mereka.
Aku sempat juga mengambil gambar untuk kenangan dan untuk koleksi dokumentari pejabat pada hari tersebut.