10 December 2010

Cuti-cuti di Muzium Bukit Losong 2










Waktu operasi Muzium pukul 9.00 - 5.00 petang. Tiket untuk dewasa ialah RM5, kanak-kanak 7 - 15 tahun RM2, 7 tahun kebawah free & Warga-asing RM15
Kami keluar jam 4.50 petang, cuaca mendung diwaktu tu, selepas tu kami pi solat di Masjid Makam Lama.
Lepas solat perut terasa lapar. Anak-anak menyuarakan ajak ke Restaurant ayam goreng HPA yang baru dibuka dibelakang stadium. Isteri pulak nak pekena rojak . Akhirnya setelah dibuat pertimbangan kami singgah di Restaurant Selamat di Jalan Sultan Omar, menghadap Sekolah Ugama Khairiah. Jadi kami dapat makan dua-dua itu rojak & ayam jadilah rojak ayam.
Balik singgah Kg Batin sekejap hantar anak saudara Mizan

Cuti-cuti di Muzium Bukit Losong












Cuti Maal Hijrah baru ini, 01.01.1432H/07.12.2010 bersama dengan keluarga mengambil kesempatan ke Muzium Negeri Terengganu. Cuaca pada hari tersebut mendung & hujan renyai-renyai. Kami kesana jam 3.00 petang.
Ramai juga pengunjung. Tarikan yang membawa kami kesana ialah Pameran Ular Berbisa sehingga 31.12 2010 ini. Berbagai spesis ular berbisa dipamerkan. Pertunjukan bermain dengan ular mendapat sambutan ramai pengujung.
Sebenarnya, kamera tak boleh dibawa masuk, Pak Guard yang bertugas memaklumkan kepada ku dan menyuruh aku menyimpan di locker yang disediakan. Itulah kelicihan membawa DSLR, kan nak simpan dalam kocek, lainlah compact kamera. Bimbang juga nak simpan dalam locker kamera tu...senang-senang simpan dalam beg isteri je. Mujur gak beg isteri besar dan boleh muat.
Itulah kelebihan orang puan yang bawa beg apabila berjalan.
Bila dah bawa masuk..pandai-pandailah nak ambil gambar. Kadang-kadang tertanya-tanya juga dalam hati, mengapa tak dibenarkan membawa kamera masuk..bukannya mengancam keselamatan negara pun mengambil gambar.

19 November 2010

Pertunangan Anakanda Nurul Hidayah - Pt 1









Hari ni, 19.11.2010(Jumaat) menerima kunjungan rombongan lelaki dari Kg Merang yang ingin melamar anakku Nurul Hidayah. Ketibaan rombongan lelaki pada jam 3.30 petang .
Pengerusi Majlis pada petang tersebut ialah Ayah Din dan wakil tuan rumah ialah Ayah Long.
Majlis dibuka dengan bacaan Ummu kitab dan suasana berjalan dengan ringkas dan lancar.
Bapa Saudara lelaki mewakili rombongan pihak lelaki. Majlis dihadiri oleh adik beradik saje manakala rombongan lelaki sebanyak 6 biji kenderaan. Riuh rendah dibuatnya pada hari tersebut dengan berbagai ragam anak-anak saudara.
Chef macam biasa, Che Ma. Menu Nasi Minyak Ayam & tumis pedas ikan aye.
10 ekor ayam , 4 ekor ikan aye disediakan dan nasi 2.5 gantang.
Disebelah petangnya pula, sempat lagi buat rojak betik. Betik & jambu air ambik kat pohon belakang rumah.
Insyallah majlis pernikahan akan buat pada bulan Mac 2011 nanti dan jika tiada aral melintang akan dibuat sekaligus dengan anakanda Aiman.
Kepada yang bertungkus lumus menyiapkan majlis ini berjalan lancar, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.

Majlis Solat Hajat













Semalam, 18.09.2010 menghadiri Solat Hajat mohon keselamatan untuk pengantin baru yang akan menimang cahaya mata. Pengantin 2 beradik yang berkahwin bulan Mac yang lepas yang akan menimang cahaya mata pertama. Insyaallah berkat doa kaum keluarga & ahli jemaah surau, semuanya akan selamat.
Solat Hajat diadakan sebanyak 2 sesi, sesi 1 di Surau Al-Mawaddah untuk ahli jemaah Surau & kaum keluarga manakala sesi ke 2 di Rumah untuk yang tidak kesempatan berjemaah di Surau.
Selepas Solat Hajat macam biasa ahh, tetamu dihidangkan nasi minyak.