21 November 2009

Hmmm..berselera makan nampaknya...hujan2 begini perut pun cepat berkeroncong. Biasanya anak2 ini bila malam tak berapa nak makan nasi. Ikan kerapu goreng baru angkat dari kuali ni..panas lagi kena pulak dgn kuah masak merah acar timun. Ikan kerapu beli dgn harga murah je iaitu RM3.00 sekilo..mana nak dapat harga mcm tu kalau beli kat Pasar lain. Kalau nak dapat ikan murah..rajin2lah pergi ke Pasar Nelayan, Maju ikan di Pulau Kambing

Ikan kerapu hidangan malam ini
Pagi tadi dapat makan nasi kapit berkuah...lama dah tak makan nasi kapit, alhamdulillah dapat juga merasa pagi tadi hasil penat lelah isteri dari semalam lagi menyiapkannya.


Cuaca hari mendung & hujan je dari pagi hingga ptg,hajat nak pergi servis motor tapi cuaca tak mengizinkan......Hanya keluar ke kenduri kahwin sahaja......Puas sungguh duduk kt rumah....Nasib baik ade komputer...Malam ni kalau masih hujan ingat tk pergi dengar ceramah di Kg ku....penceramah malam ini disampaikan oleh YB WAHID ENDUT & USTAZ HAMID DERANI dari KELANTAN.....

Harap hujan akan berhenti pada malam ni....hujan oh hujan lekaslah henti...........

No comments:

Post a Comment