24 April 2011

Jom Rase Ice Blended

Sedap nampaknya pekena ice blended
Bermacam-macam perisa ada..meh try tgk kalu nok tahu
Pekerja bawah umur..hehehe..sedang asyik memperoses ice blended
10 jenis rase ada..harga berpatutan mengikut pasaran terkini. Kalau kat restaurant mau juga RM 2.50 - RM3.50


Perniaagaan francise ini di usahakan oleh anak saudara dengan bermodalkan RM300+-.

22 April 2011

Selamat Hari Lahir






Semalam menyambut hari lahir adikwan yg ke 12..sebiji kek coklat telah disponsor oleh Kak Nurul dijamu sesama adik beradik je.

21 April 2011

Pekena Sate Ori







Kelmarin dulu, 19.04.2011 ambil cuti ke Pejabat Pendaftaran Negara nak buat I.C anak ku yang menyambut hari lahirnya yang ke 12. Sampai disana jam 3.15 petang. Sementara menunggu giliran isi borang dulu, urusan petang tu cepat sekali kerana tiada ramai pelanggan.
Rupanya JPN hari Jumaat & Sabtu juga dibuka operasinya. Bagi yang nak berurusan di JPN tak payahlah ambil cuti, gi je hari jumaat & sabtu disebelah pagi sbb hanya tutup disebelah petang sahaja.
Selepas urusan selesai terus ke Merchang ziarah Pok Bakar & Mok Yah. Pok Bakar yang telah kehilangan kaki kiri akibat kencing manis & Mok Yah yang kehilangan suami, meninggal dunia.
Solat Asar di Masjid Merchang & lepas tu terus balik. Singgah di Kedai Sate Ori di Chendering nak rasa macam mana rase ori nya satenya. Pakej berharga RM7.20 yg kami order iaitu 10 batang sate, nasi kapit sikit & timun sikit untuk seorang. Setiap tambahan sebatang sate RM0.60. Kalau kat Pasar malam 5 btg RM2.00. Tak ada seorang pun pelanggan masa kami tiba.
Agaknya pelanggan suka datang diwaktu malam atau pun pelanggan tak datang kerana tempat ini juga mengenakan GST 5% keatas pelanggan.
Sempat juga mengambil gambar buat kenangan dengan menggunakan PNS camera. DSLR tak bawa hari tu.