23 October 2009

Kompeks Maju Ikan Pulau Kambing


Suasana urus niaga

Dah nak balik..seorg satu plastik bawak..kalau bawak banyak2 nanti kena tax pulak
Berehat sebentar

Tapak perniagaan dalam kerja-kerja ubahsuai

Ikan Kerapu

Sotong & Ikan Kerisi

Minggu lepas 16.07.2009 bersama isteri & anak2 macam biasa ke Kompleks Maju Ikan Pulau Kambing mencari keperluan lauk pauk untuk seminggu selalu.
Disini harganya murahlah sikit jika nak dibandingkan dengan di Pasar atau pun hypermarket yang terdapat di KUala Terengganu. Ikannya pulak ada juga yang fresh2
Ikan Selayang yang kecil tu RM 2.00 sekilo, Ikan Kerisi yang sedang RM4.00 sekilo.
Ikan Kembung dengan ikan Selayang yang besar tu harga lebih kurang sahaja.
Ikan Aye atau ikan tongkol minngu ini murah sikit iaitu RM6.00 jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya iaitu RM8.00 sekilo.
Sotong yang besar RM13.00 sekilo ..sedap kalau dibakar..Ikan Kerapu ada tempat yg RM8.00 sekilo dan ada tempat yang RM 6.00 sekilo. Beli juga untuk 1 kilo ikan kerapu.
Minggu ini ikan pari harga murah sikit iatu RM 3.50 sekilo jika nak dibandingkan minggu lepas iaitu RM 6.00 sekilo. Wife beli juga ikan Pari sekilo..aku sebenarnya tak makan ikan Pari..anak2 ku & wife memanng suka benar, dibakarnya. Memang aku semenjak kanak2 lagi tak makan ikan Pari sehinggalah sampai sekarang.



No comments:

Post a Comment