25 October 2009

Di Stadium Negeri Gong Badak 24.10.2009





24.10.2009 - Hari ini Sabtu..anakku Ahmad Syafiq Ikhwan menghadiri Majlis Katam Al-Quran di Stadium Tertutup Gong Badak. Keluar dari rumah jam 7.30 pagi bersama-sama isteri , kawan anak ku..adik Mat & anakku Ahmad Syafiq. Perjalananan ke Stadium dari rumahku taklah jauh mana adalah lebih kurang10km..15 minit aje berkenderaan Hmm..tak ku sangka begitu banyak sekali kenderaan yang nak menuju kesana sampai jammed jalan nak masuk kesana. Sampai disana jam 8.15 pagi...ramai dah orang. Menurut anakku, ustazahnya suruh dia berada disana pukul 8.00 pagi. Aku tercari2 mana dia kumpulan sekolah anakku kerana aku lihat ada sekolah yang menaikkan papan tanda sekolah masing-masing. Berputar2 aku mencarinya tapi tak ketemu jua..dalam hati ku, mungkin sekolah anakku telah masuk kedalam Stadium. Akhirnya aku diberitahu oleh hamba allah bahawa sekolah anak ku disana. Patutlah aku mencari tak jumpa kerana tiada papan tanda yang disediakan. Sepatutnya dalam ribuan manusia..kenalah disediakan papan tanda awal2 lagi supaya tidak menjadi masalah kepada penjaga untuk mencari sekolah anak masing-masing. Pukul 8.30 pelajar-pelajar mula masuk kedalam Stadium manakala ibubapa ditingkat 1. Hari ini kanak-kanak yg terlibat ialah Parlimen Kuala Terengganu & Kuala Nerus & Dun Batu Rakit. Majlis bermula jam 9.30 pagi..1/2 jam lewat. Majlis dirasmikan oleh Speaker DUN Negeri Trg iaitu YM Tengku Putera yang menggantikan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said. Majlis berakhir pukul 12.15 tghari

No comments:

Post a Comment