06 May 2011

Pekena Durian











Semalam 05.05.2011 selepas Insya, kami sekeluarga ke Pasar Payang mencari durian.
Nampaknya harga masih mahal iaitu RM20.00 untuk 4 biji yang kecil-kecil. Kalau dulu setara tu masa murah, 4 biji untuk RM5.00.
Jika nok makang puas hati, tunggu ah dulu bila durian berlambok (org ganu kata) baru harga masa tu murah. Oleh kerana kami ramai belilah juga RM60.00 untuk 11 biji, 8 biji kecil & 3 biji sedang. Harga timbang ialah RM6 & RM10.00 sekilo. Jika yang sedang tu kalau ditimbang mencecah juga hampir 3 kilo. Berat kulit & tangkai je saya nampak.
Tunggu dulu bila durian banyok, tengok harganya muroh ke dok. Kalau harga masih tinggi, nasib kitelah kerana semua barang telah naik harga.
Selepas tu kami ke Pantai Batu Burok, apor tikar..keluarkan golok lalu di cekah & makan.
Seronok jugok makang beramai2 ni. Tak sangka ramai juga orang di Pantai Batu Burok waktu malam-malam ni maklumlah dah lama aku tak kuar malam ke Pantai tersebut. Kami balik kul 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment