19 January 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara












Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2011 telah pun bermula. Negeri Terengganu tahun ini telah dipilih menjadi tuan rumah majlis perasmian. Karnival berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 -15 Januari 2011 di Pusat Dagangan Terengganu.
Pada 15.1.2011 aku kena bertugas dari jam 9.00 - 1.00 tghari. Ramai pelajar yang hadir dengan rombongan. Penuh sesak dewan pada hari tersebut dengan kehadiran pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa. Sebanyak 22 ipta yang menyertai karnival & ipts pun banyak juga yang menghantar perwakilan mereka.
Aku sempat juga mengambil gambar untuk kenangan dan untuk koleksi dokumentari pejabat pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment