01 December 2009

Mentega Kacang ini memang lemak berkrim

Jadi orang puan ni bukan senang, hari2 nak kena pikir nak masak apa..orang laki tahu apa, itulah kata2 isteri ku. Org laki ni apa yang ada kita soro je. Breakfast pagi tadi kena roti dengan mentega kacang

Nasi Lemak Kampung..hehehe, pernah dgr tak nasi lemak kampung. Kalau nasi goreng kampung
memang pernah dengar. Nasi lemak kampung ialah nasi lemak yg simple lauknya iaitu ikan aye dgn timun je..Kalau nasi lemak KL..macam2 lauk pauknya. Tghari tadi dapat makan nasi lemak kampung tapi tak leh makan lebih2..bimbang2 kan naik lemak pulak. Kesihatan kena jaga woo

Musim hujan ni..macam2 ubi yang keluar..inilah ubi besar rebus yg telah dipotong..org kata makan ubi ni dgn air kopi panas musim hujan ni mmg syok tapi aku tak berapa minat sangat air kopi

Ubi Stela@ubi keledek yang telah dipotong untuk dibuat belebab

Cuaca hari ini dari pagi hingga malam hujan je..matahari mmg tak ada hari ni..hujan2 nie perut pun cepat lapar. Balik opis tadi dapat juga makan belebab ubi. Daun Pisang kat rumah mmg tak habis makan punye..hehehe

No comments:

Post a Comment